JILAKE PUNYA MANUSIA.......KO BERANI MAIN MAINKAN BAB AGAMA

 

Afiq Nordin


Ramai yang dah beri reaksi tentang isu mengenai komen Eric atau Lim Sian See yang mencetuskan perbalahan hari ini.






Pastinya akan ada dua pihak samada yang mengutuk perbuatan Eric dan pihak yang mempertahankan dia.


Ada juga pihak yang saya rasa agak pelik yang mana rasa dia salah tapi wajar dipertahankan sebab selama ini Eric berhempas pulas melawan kerajaan. 


Pihak ini saya anggap aneh sikit. 


Tapi bila saya cari semula konteksnya, saya sedar isu ini tak semudah “pertahankan Eric” atau “kecam Eric”.


Eric Lim Sian See patut ditegur, tapi kita juga tak boleh tuduh dia dengan cerita yang lebih besar daripada apa yang sebenarnya berlaku.


#Pertama


Eric sendiri sebenarnya kena tahu yang dia bukan lagi orang biasa yang boleh komen apa-apa di Facebook.


Dia dah jadi tokoh awam dalam perbahasan politik dan apa yang ditulisnya memang akan diperhatikan.


“Jadi perlu ke seorang tokoh awam macam Eric kena buat kajian dulu sebelum nak buat lawak? Nama pun bergurau.”


Jawapan tidak tapi jangan jadi terlalu naif.


Dia sendiri mengaku tak tahu apa maksud “lighad”, jadi sebelum nak buat sesuatu “punchline” dia kena tahu dulu apa maksudnya, kenapa PMX guna perkataan itu dan dari mana datangnya?


Lepas faham konteks dan masih rasa macam nak juga buat lawak tersebut, maka terpulanglah.


Tapi masalahnya sekarang dia dah ludah jenaka itu dulu baru nak cari konteks asal perkataan tersebut.


#Kedua


Walaupun saya terima penjelasan Eric katanya masa dia buat komen itu, dia tak tahu perkataan itu dipetik dari ayat al-Quran, saya tetap rasa lawak “lighad–liwat” adalah lawak murahan.


Dia berhak tak suka Anwar.


Kita semua pun ada ahli politik yang kita tak suka.


Tapi jangan kerana nak satu bahan lawak, kita jatuhkan martabat diri sendiri.


Tak berbaloi. Sungguh!


#Ketiga


Dalam masa yang sama, kita kena adil.


Jadi saya cuba masuk pula dalam kasut Eric walaupun saiz kaki kami mungkin berbeza.


Menurut penjelasan Eric, komennya merujuk senarai perkataan unik daripada ucapan Belanjawan 2027 yang dipaparkan Sinar Harian.


Dia juga kata petikan al-Quran yang kemudian digabungkan dengan tangkap layar komennya bukan diletakkan dia sendiri, sampai bagi gambaran seolah-olah dia sendiri yang buat.


“Kalau begitu konteks asalnya, boleh ke kita sebarkan gambar itu seolah-olah Eric nampak ayat al-Quran lalu sengaja buat lawak mengenainya?”


Tak boleh.


Kalau dia salah, kritik kesalahan sebenar. Jangan tambah garam yang akhirnya jadi fitnah.


#Keempat


Saya sendiri hampir termakan dengan tangkap layar tersebut. 


Kalau saya pun hampir teremosi dan rasa sangat marah, agaknya berapa ramai lagi yang terus kongsi tanpa tahu konteks asal?


Jadi ada dua masalah kat sini.


Masalah media sosial bukan setakat orang macam Eric yang terus tulis benda tapi fikir sensitiviti, tapi lagi bermasalah bila konteks ditambah atau disusun supaya seseorang itu nampak lebih jahat supaya orang ramai akan jadi lebih marah.


Sentimen jangan dibina dengan cara yang mengelirukan orang.


Kalau Eric salah, kritik apa yang dia buat. Tak perlu jadikan sesuatu yang buruk kelihatan lebih buruk dengan menambah cerita yang tak berlaku.


#Kelima


Tapi penyokong Eric juga kena berhati-hati dalam mempertahankan dia.


“Lighad cuma perkataan Arab biasa. Apa kena-mengena dengan al-Quran?”


Abang Khariul Azri ada terangkan yang mana dari sudut bahasa, ghad (غَدٍ) merujuk kepada “esok”, manakala lighad (لِغَدٍ) membawa maksud “untuk hari esok”.


Tapi dalam ucapan Belanjawan 2027, PMX ada baca Surah al-Hasyr ayat 18 yang mengandungi perkataan لِغَدٍ, kemudian menghuraikan “ungkapan lighad” sebagai merujuk kepada hari esok dan masa hadapan.


Pada penghujung ucapan, beliau kembali menyebut “seruan lighad”.


Jadi lighad yang diisukan sekarang sememangnya dipetik daripada ayat Al Quran.


#Keenam


“Adakah lawak Eric itu tak sensitif?”


Pada saya, ya.


“Adakah ia lawak murah?”


Ya.


“Adakah ini membuktikan dia sengaja menghina al-Quran?”


Ini tuduhan yang agak berat dan macam mana kita menilai.


Kita tak tahu niat hati dia, cuma alasan “saya tak tahu” juga bukan tiket untuk melepaskan diri, terutama bagi seorang tokoh awam.


Kalau tak tahu, semak, kaji dan baca dulu.


Itulah pelajaran paling mudah daripada isu ini.




No comments: