Hairan juga bila ada pihak BN dan PN (digantung RoS) sibuk menyalahkan kerajaan sekarang dalam isu Rohingya. Sedangkan pemimpin mereka sendiri pernah diberi tanggungjawab menguruskan masalah yang sama.

 






Hairan juga bila ada pihak BN dan PN (digantung RoS) sibuk menyalahkan kerajaan sekarang dalam isu Rohingya. Sedangkan pemimpin mereka sendiri pernah diberi tanggungjawab menguruskan masalah yang sama.

Isu Rohingya ni bukan baru muncul selepas Anwar jadi PM. Dah berpuluh tahun Malaysia berdepan masalah ini.
Mari kita tengok siapa yang pernah pegang jawatan Menteri KDN sejak zaman Najib.
1. Hishammuddin Hussein (2009–2013) – Menteri KDN zaman Najib ketika Malaysia sudah menerima pelarian Rohingya dan krisis di Myanmar semakin serius pada 2012.
2. Zahid Hamidi (2013–2018) – Menteri KDN ketika Najib dan Hadi berhimpun membela Rohingya pada 2016. Kerajaan BN juga memperkenalkan projek perintis membenarkan 300 Rohingya berdaftar bekerja di Malaysia.
3. Muhyiddin Yassin (2018–2020) – Jadi Menteri KDN ketika kerajaan PH. Kemudian beliau menjadi PM kerajaan PN pada 2020, ketika isu kemasukan bot Rohingya masih berlaku.
4. Hamzah Zainudin (2020–2022) – Menteri KDN zaman PN dan kerajaan Ismail Sabri. Kononnya ambil pendekatan tegas terhadap pendatang tanpa izin, termasuk isu Rohingya.
5. Saifuddin Nasution (2022–kini) – Menteri KDN kerajaan Anwar. Kini usaha penghantaran pulang warga Myanmar diteruskan, dengan lebih 10,000 orang telah dihantar pulang.
Jadi, kalau nak tanya kenapa masalah Rohingya belum selesai, jangan tanya kerajaan sekarang saja. Kerajaan BN dan PN pun pernah ada kuasa, bajet, kementerian dan agensi penguat kuasa untuk menguruskan isu ini.
Kerajaan hari ini tetap kena jawab apa yang sedang dibuat. Tetapi kerajaan terdahulu pun patut dinilai berdasarkan rekod masing-masing.
Jangan buat seolah-olah masalah Rohingya baru bermula selepas November 2022!

No comments: