Aman Muhamad
Maafkan saya terlambat ucap tahniah kepada encik Kumaresan BK atas kejayaan beliau menjadi Pengerusi DHKP terbaru untuk sesi 2026-2027.
Saya cuma nak follow up mengenai binaan rumah ibadat yang menceoboh tanah JKR yang berada dekat IKBN Kubang Pasu itu.
Pada bulan Mac yang lalu, kamu encik Kumaresan telah mendakwa rumah ibadat menceroboh itu mempunyai surat kebenaran sementara daripada JKR, dan juga pihak pengurusan rumah ibadat menceroboh tu juga sedang berunding untuk membeli tanah estet daripada Genting Group.
Jadi soalan saya ialah:
1. Saya telah menghubungi pihak JKR Kedah dan mereka menafikan telah mengeluarkan surat kebenaran sementara untuk rumah ibadat yang meceroboh yang kamu maksudkan itu. Apakah kamu sebenarnya berbohong untuk membela rumah ibadat menceroboh?
2. Jika benar kamu dakwa ada surat, maka dedahkan surat kebenaran sementera oleh JKR tu di sini. Kita boleh semak dan buat pengesahan dengan pihak JKR Kedah.
3, Apa perkembangan terkini untuk beli tanah estet Genting Group tu? Betul ke ada rundingan dengan pihak Genting Group nak beli tanah estet tu? Atau satu lagi pembohongan kamu untuk membela rumah ibadat menceroboh itu?
Apa-apa pun saya ucapkan tahniah sekali lagi kerana berjaya dilantik ke jawatan tertinggi dalam PAS.
:)
p/s: PAS dan DAP kedua-duanya membela rumah ibadat menceroboh, tapi kenapa PAS nak berlagak lebih suci daripada DAP?


No comments:
Post a Comment