
Marzuki sifatkan kegagalan menjemput Bersatu ke mesyuarat berkenaan sebagai satu pelanggaran serius terhadap Perlembagaan PN.
KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Marzuki Mohamad mendakwa Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Bersatu berhubung isu korum mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.
Menurut Marzuki, jika timbul persoalan mengenai kesahihan Bersatu sebagai sebuah pertubuhan, penjelasan sepatutnya diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau ROS, bukannya daripada Bersatu sendiri.
Katanya, hanya ROS mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesebuah pertubuhan sah di sisi undang-undang.
Marzuki turut menegaskan bahawa sehingga kini Bersatu belum menerima sebarang notis daripada ROS berhubung isu cukup korum mesyuarat MPT.
Justeru katanya, ketika mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu diadakan, Bersatu masih merupakan parti yang sah dan anggota PN yang sah.
Beliau mendakwa keadaan itu turut diakui Pengerusi PN menerusi kenyataan media pada 9 Ogos lalu.

Atas alasan tersebut, Marzuki berkata Bersatu berhak dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai.
Malah beliau menyifatkan kegagalan menjemput Bersatu ke mesyuarat berkenaan sebagai satu pelanggaran serius terhadap Perlembagaan PN.
Marzuki turut berkata MPT Bersatu sudah menggunakan kuasanya di bawah Fasal 27 Perlembagaan parti untuk mentafsir isu cukup korum dan keputusan itu dianggap muktamad di peringkat parti.
Kalau sebelum ini kemelut itu nampak sekadar soal hubungan dalam PN, kenyataan Marzuki kali ini membawa pertikaian ke tahap lebih serius.
Bukan lagi soal siapa terasa dipinggirkan.
Sekarang sudah masuk soal siapa langgar Perlembagaan gabungan.
Sumber: Unofficial Info
No comments:
Post a Comment