KAAN for Hornet replacement ? boleh ke ?

 






KAAN for Hornet replacement ? boleh ke ?

Pendapat KAAN ganti F/A-18D Hornet TUDM masa sundown tu idea yang logik juga dan boleh dipertimbangkan, tapi bukan keputusan muktamad lagi.
Garis masa Hornet TUDM memang ngam dengan KAAN. TUDM rancang untuk operasikan Hornet yang dinaik taraf sehingga tahun 2035. Menteri Pertahanan sendiri kata penilaian pesawat ganti perlu mula pada tahun 2030 kerana F/A-18 dan Su-30MKM dijangka ditamatkan khidmat pada 2035 / 2036.
Di bawah Pelan Pembangunan Keupayaan 2055, program MRCA dihidupkan semula untuk ganti kedua-dua skuadron Hornet dan Su-30MKM. Program ini sasarkan 36 buah pesawat pejuang generasi baharu - dua skuadron dengan 18 buah setiap satu - dengan perolehan dirancang pertengahan 2030-an dan keupayaan operasi penuh antara 2035 hingga 2040.
Kalau kita perhatikan, ini sama dengan garis masa KAAN. Prototaip kedua KAAN (P1) baru jalani ujian darat pada 31 Julai 2026 dan penerbangan sulung dijangka tahun 2026 juga. Pelanggan luar pertama, Indonesia, sudah tempah 48 buah untuk penghantaran pertengahan 2030-an.
Turki pun memang sudah pelawa Malaysia. Semasa pameran pertahanan di Kuala Lumpur, pihak Turkish Aerospace Industries (TAI) secara terbuka kata : "Being a partner in the Kaan programme would be good for Malaysia" dan mereka berbesar hati kalau Malaysia jadi rakan kongsi. TAI juga sudah ada pejabat di Malaysia dengan 120 jurutera tempatan.
Apa kata KAAN untuk TUDM ?
Apa kelebihannya ?
Tidak seperti Boramae, KAAN dibina dengan teknologi Generasi ke-5 & Stealth, radar AESA, supercruise - lompatan besar dari Hornet generasi ke-4 / 4.5.
Pakej politik, Turki tidak kenakan sekatan politik seperti Amerika. Malaysia juga sudah banyak beli aset Turki - dron Anka, korvet LMS Batch-2.
Turki tawar kongsi pengeluaran, bukan sekadar jual tapi termasuk pemindahan teknologi. Ini selari dengan hasrat Malaysia jadi hab aeroangkasa.
Tapi ada cabaran besar, iaitu risiko program, KAAN masih prototaip. Belum terbukti dalam operasi sebenar, enjin masih guna F110 Amerika (yang masih perlukan kebenaran Amerika juga). Walaupun kemudiannya menggunakan enjin tempatan, tapi batch production awal akan guna enjin F110 dulu.
Pesawat generasi ke-5 kos selenggara jauh lebih tinggi dari Hornet. Bajet pertahanan Malaysia terhad. Apapun ianya boleh dirancang dan diurus.
Pesaing kuat, dalam senarai MRCA, pesaing KAAN adalah KF-21 Boramae Korea Selatan, Su-57 Russia, Rafale Perancis dan F-35. KF-21 juga sudah ditawarkan kepada TUDM sebagai calon ganti Hornet.
KAAN adalah calon yang sangat masuk akal untuk ganti Hornet bila sundown nanti, terutamanya kalau Malaysia mahu lompat terus ke generasi ke-5 tanpa terikat dengan syarat politik Barat. Tapi keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas tahun 2028/29 bila penilaian rasmi MRCA bermula.
Kalau jadi, ia akan jadi pembelian pesawat pejuang paling besar dalam sejarah TUDM.
Macamtulah yer..... 😁
Oleh Salman Al Farisy

No comments: