Eloklah PAS-PN dan UMNO-BN rampas Pulau Pinang daripada DAP-PH.
Kalau boleh, rampas sekali Selangor dari PH.
Dan saya harap selepas ini PNBN dapat kuasai kesemua negeri² di Semenanjung sementara gelombang penyatuan Melayu-Islam yg mereka jaja ini masih lagi berada di kemuncaknya.
Gunakan peluang keemasan ini sementara rakyat masih lagi “turn on” terhadap jenama politik Melayu-Islam yg dijaja melalui gagasan penyatuan ummah supaya PN dan BN dapat buktikan bahawa model pentadbiran kerajaan melayu islam yg mereka tawarkan itu benar² dapat diterjemahkan dan lebih baik dari apa yg ada harini.
Rakyat berhak tahu apadia model sebenar kerajaan melayu islam yg digembar gemburkan selama ini.
Namun , saya berharap gelombang penyatuan ummah ini tidak tersangkut diperingkat negeri sahaja.
Saya masih risau jika gelombang biru tu tak cukup kuat untuk menawan Putrajaya kerana politik dinegeri dan politik Persekutuan bukan gelanggang yg sama.
Di peringkat negeri, isu² tempatan seperti pentadbiran negeri, tanah, air, infrastruktur, kos sara hidup dan sentimen setempat lebih dominan.
Tapi diperingkat Persekutuan, rakyat akan menilai perkara yg jauh lebih besar.
Antaranya dasar fiskal dan ekonomi negara, pelaburan asing, kestabilan kewangan, hubungan diplomatik, keselamatan negara, pengurusan institusi, dasar pendidikan, kesihatan, pengangguran serta keupayaan pemimpin untuk mentadbir sebuah negara yg mempunyai masyarakat majmuk.
Sebab itu kemenangan di negeri tidak semestinya boleh diterjemahkan kepada kemenangan di Putrajaya.
Tapi , jika benar gelombang biru akhirnya berjaya menawan Putrajaya, saya sangat mengalu-alukannya.
Kerana saya betul² nak tengok apakah sebenarnya model “politik Islam” atau model pentadbiran kerajaan Melayu-Islam yg selama ini dilaungkan oleh gabungan PNBN ini.
Rakyat yg mengundi dan memenangkan mereka nanti juga adalah rakyat yg sama pernah memberikan mandat besar kepada Pakatan Harapan pada tahun 2018.
Maka apabila diberi peluang memerintah, PNBN tidak lagi mempunyai alasan untuk terus menyalahkan pihak lain.
Segala janji dan naratif yg dijaja selama ini wajib diterjemahkan kepada dasar, pentadbiran dan hasil yg boleh diukur.
Jika selama ini mereka kata bahawa pendekatan mereka lebih baik, lebih islamik , maka buktikan dengan tindakan.
Jika selama ini mereka kata mereka mampu mentadbir negara dengan lebih cekap, lebih bersih dan lebih berintegriti, maka buktikan dengan prestasi.
Jika selama ini mereka selalu kata DAP itu sama dgn pengganas komunis dan ideologi DAP itu berbahaya untuk negara , maka mereka wajib haramkan parti DAP berserta semua ahli² politik DAP dari menapak dalam arena politik negara.
Rakyat tidak akan menilai berdasarkan slogan atau retorik.
Rakyat akan menilai berdasarkan keputusan yg dirasai dalam kehidupan seharian.
Jika model yang dijanjikan itu benar² berjaya, tak mustahil rakyat akan terus berikan mandat.
Namun jika DAP masih gagal diharamkan , arak dan ladang babi juga masih berleluasa serta segala isu² terkait dgn agama islam dan melayu masih gagal diselesaikan , maka segala retorik kuasa politik melayu islam sudah tak terpakai lagi...
Dan pada ketika itu , segala laungan retorik melayu islam yg dijaja seperti sekarang sudah menjadi bahan lawak jenaka oleh rakyat.
Dan tak mustahil kamu akan kembali jadi pembangkang , malah kamu berisiko kalah lebih teruk dari apa yg terjadi pada tahun 2018..
No comments:
Post a Comment