BERTUAHNYA SEORANG BANDUAN BERNAMA NAJIB

 



Ahmad Mursi


Tak ada siapa nafikan, Najib ada jasa. Tapi jasa sahaja tidak boleh jadi lesen untuk pemimpin mencuri RM2.3bil duit negara yang terbit dari hutang, masuk ke akaun peribadi. Syok jadi PM kalau benda macam tu halal. Jadi billionaire.


Che Ibrahim Mohamed






BERTUAHNYA SEORANG BANDUAN BERNAMA NAJIB

Adakah sistem kehakiman kita sedang diragui atau wujudnya sekelompok elit yang enggan menerima keputusan mahkamah??
Najib telah didapati bersalah oleh semua peringkat mahkamah dalam sistem kehakiman negara. Kuasa pengampunan Draja juga telah dikurniakan kepada Najib, namun masih ramai yang mahu beliau dibebaskan sepenuhnya.
Sebelum ini ada desakan supaya Najib dipenjarakan di rumah walaupun negara kita belum ada peraturan atau undang undang memperuntukkannya.
Situasi ini jauh berbeza berbanding PMX. Walaupun Anwar telah diberi pengampunan penuh, namun pembebasannya terus dipertikaikan. Sabitannya terus diulang ulang bagi tujuan ejekan dan penghinaan. Perbuatannya wpun diragui kebenarannya dan ada sekatan syarak sebagai qazaf, namun ianya seolah olah perbuatan qazaf satu galakan syarie.




No comments: