Megat Hishamuddin
Tadi disebabkan post saya ambil screen shot dari influncer PAS, Sdr Sabri Mamat, kemudian dia DELETE pulak post dia, jadi saya cari balik video Prof Haim Hilman ini.
Ini saya repost balik tulisan saya tadi, ambil sumber asal:
KPT telah menyebut bahawa kuota pengambilan dari UPUOnline adalah tetap utk anak tempatan, manakala Universiti Awam (UA) juga membuka kepada beberapa kategori untuk pengambilan "cara lain" seperti APEL, dari pemegang profesional, saluran antarabangsa, saluran khas dan sebagainya.
Saluran khas ini biasanya tak banyak, ia seperti melalui kuota sukan dsb. Lihatlah beberapa orang atlet yang grad dari U tetapi masa mereka lebih di gelanggang.
Yang sdr maksudkan dengan pelajar dari China itu ialah saluran antarabangsa yang mana kebanyakan mereka adalah para pelajar dari peringkat Master dan Phd. Namun demikian terdapat juga di setengah kursus yang menawarkan untuk peringkat ijazah pertama. Kesemua mereka ini MEMBAYAR YURAN PENUH untuk belajar di Universiti Awam.
Kita perlu juga membuka kepada pelajar asing kerana ranking universiti dalam penarafan universiti oleh QS dan Times Higher Education (THE) mensyaratkan terdapatnya peratusan tertentu pelajar-pelajar asing, dan begitu juga berapa peratus tenaga pengajar asing.
Sebenarnya kedatangan para pelajar asing ini juga merupakan satu sumber penting bagi setiap Universiti Awam dengan tidak bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan sahaja. Banyak universiti luar negara juga mengamalkan konsep yang sama. Seperti saya juga belajar di Universiti Awam luar negara di mana kami akan membayar yuran penuh tetapi pelajar tempatan diberikan subsidi oleh kerajaan mereka. Yang penting, menurut KPT, kuota bilangan pelajar-pelajar tempatan bagi ijazah pertama tidak pernah diambil oleh pelajar-pelajar asing.
Nota: untuk penerangan lanjut dari KPT, blh tonton video ini
https://fb.watch/I7kj539ldu/
No comments:
Post a Comment