Tadi tengok 1 video Prof. Haim tengah bagi ucapan berkaitan yuran pengajian di universiti.
Antara intipati ucapan tersebut adalah visi beliau jika menjadi kerajaan untuk bagi percuma yuran pendidikan di universiti.
Tapi beliau ada peluang amat luas diperingkat negeri dimana beliau sendiri memegang portfolio exco pendidikan Negeri Kedah.
Beliau boleh "test" untuk bagi pendidikan percuma di UniSham kuala ketil. Disitu kita boleh lihat keupayaan pemimpin kita yang nak buat diperingkat negara.
Beliau boleh buktikan bahawa cadangan beliau boleh dilaksanakan di peringkat negeri.
Kami di pihak rakyat memohon Prof dapat laksanakan seperti yang dicadangkan prof sendiri.




No comments:
Post a Comment