BENARKAH RAKYAT TERBEBEBAN?

 





CUTI BARU NI... RAKYAT KE SIAM BERPUSU PUSU... HOTEL DI PENANG HA8i







CUTI BARU NI... RAKYAT KE SIAM BERPUSU PUSU... HOTEL DI PENANG HABIS TIADA KEKOSONGAN.. KECUALI HARGA RIBUAN RINGGIT. 






Pertama kali dalam tempoh yang lama, musim perayaan berlalu tanpa isu besar kenaikan harga barang menjadi topik utama. Mekanisme kawalan harga, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan nampaknya memberi kesan.


Bila ada yang kata kos sara hidup makin teruk, kena juga lihat gambaran penuh. Hari ini ramai mampu memiliki kereta, malah ada rumah yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan. Dulu nak beli kereta pun ramai terpaksa berkira-kira bertahun-tahun.


Dulu pelajar sekolah ramai berbasikal atau bergantung sepenuhnya kepada bas awam. Hari ini kebanyakan dihantar dengan motosikal atau kereta. Dulu bas penuh setiap hari kerana tiada banyak pilihan, sekarang ramai memilih kenderaan sendiri.


Belum masuk kos internet, data telefon, penapis air, mesin air, platform penstriman, gajet dan pelbagai langganan bulanan yang menjadi sebahagian gaya hidup moden. Banyak perbelanjaan yang dianggap "kos sara hidup" hari ini sebenarnya datang bersama peningkatan taraf hidup dan kemudahan yang dinikmati rakyat.


Ini tidak bermaksud semua masalah selesai atau harga barang tidak naik langsung. Tetapi di bawah pentadbiran MADANI, usaha mengekang kenaikan harga keperluan asas, meningkatkan bantuan bersasar dan mengukuhkan ekonomi telah membantu mengurangkan tekanan yang biasanya dirasai rakyat terutama ketika musim perayaan.


Kritik boleh, tetapi biarlah adil. Kalau mahu bercakap tentang kos sara hidup, cerita juga perubahan taraf hidup yang dinikmati rakyat hari ini berbanding 10 atau 20 tahun lalu.




No comments: