"Malaysia Bangunkan UAV FW300 Yang Mampu Terbang Sehingga Jarak 2,520km!"


Malaysia civilization 










Pasti kita sehingga kini tidak mengetahui bahawa negara kita telah pun berjaya membangunkan teknologi UAV ( Unmanned Aerial Vehicle) jarak jauh!  Perkembangan terbaru teknologi canggih UAV jarak jauh ini sebenarnya telah mula mengubah kuasa UAV negara kita di Rantau Asia Tenggara secara amnya.


Walaupun pencapaian hebat ini tidak dipublisiti di media massa tetapi itu lah fakta yang sebenarnya perlu kita terima. Admin berpendapat perkembangan  ini tidak dipublisitikan secara meluas bagi tujuan menjaga sensitiviti negara serantau yang lain.


Berbalik kepada tajuk artikel, UAV jarak jauh yang berjaya negara kita bangunkan tersebut dikenali sebagai FW300. Untuk pengetahuan pembaca, UAV FW300 tersebut mampu terbang sehingga jarak maksima 2,520km!


UAV FW300 ini dibangunkan oleh syarikat Boomslang Dynamics Sdn Bhd yang berpengkalan di Perlis. Pembangunan UAV FW300 tersebut juga adalah melalui kerjasama syarikat pertahanan tersebut dengan pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMap) dan Politeknik Perlis. 


Sebelum ini Syarikat Boomslang Dynamics Sdn Bhd dengan kerjasama UniMAP dan Politeknik Perlis juga telah berjaya membangunkan MALE   UAV  Putra Langkasa yang mampu terbang sehingga jarak maksima 900km.


Untuk pengetahuan pembaca juga pembangunan UAV FW300 tersebut juga adalah melalui pemindahan teknologi UAV dari negara Turkey ke negara kita. Melalui kerjasama strategik industri aeroangkasa negara tersebut dengan pihak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu UniMAP dan Politeknik Perlis.


Dengan pemindahan teknologi UAV canggih tersebut membolehkan negara kita membangunkan teknologi UAV canggih tempatan jarak jauh pertama di Rantau Asia Tenggara.


UAV FW300 selain mampu terbang sehingga 2,520km. UAV FW300 juga mampu terbang selama 18 jam tanpa henti. UAV tersebut juga mampu membawa bebanan sehingga 80kg. Lebih menarik lagi UAV yang mempunyai berat 350kg ini juga menggunakan kawalan SATCOM iaitu drone tersebut dikawal melalui satelit komunikasi. 


Malaysia sebenarnya telah pun mampunyai teknologi SATCOM melalui satelit MEASAT yang terdiri seperti MEASAT-3, MEASAT-3a, MEASAT-3b dan yang terbaru MEASAT-3d (dilancarkan pada tahun 2022).


Melalui beberapa satelit SATCOM MEASAT yang dibangunkan dan telah dilancarkan ke angkasa tersebut. Negara kita Malaysia mampu mengawal UAV jarak jauh termasuk UAV FW300 secara kendiri tanpa kawalan oleh negara luar. Hal ini adalah sesuatu yang kritikal bagi teknologi sensitif seperti UAV jarak jauh seperti UAV FW300.





No comments: