Najib Bakar
Meriah kenduri di posting YB Liow Cai Tung, ada kaitan YB Marina Ibrahim.
Melintas di timeline aku sebelum pembubaran DUN semalam, ramai warga Johor menyerang ruangan komen YB Liow Cai Tung, ADUN Johor Jaya ni.
Mereka, tak kira bangsa marah kepada DAP kerana mahu menghantar Marina ke tempat lain walaupun perform di Skudai.
Komen yang menghiasi adalah berkaitan dengan emak. Mulanya aku ingat diorang nak marah macam ayat "mak kau hijau" gitu la yang mungkin tak ada kaitan dengan mak dia langsung.
Bila diselidiki lebih lanjut, rupanya mereka marah kerana ada rumors bahawa emak kepada YB Liow Cai Tung ini yang dikatakan akan ganti Marina di Skudai.
Siapa emak YB Liow Cai Tung?
Bila kita selidik, namanya Ng Siam Luang, pembantu Setiausaha DAP Johor, yang juga merupakan wakil khas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, YB Liew Chin Tong.
Dia berumur 67 tahun, merupakan orang kuat YB Liew Chin Tong. Skudai merupakan salah satu DUN di bawah Parlimen Iskandar Puteri.
Kesimpulannya, seorang YB muda dan bertenaga yang perform, nak digantikan dengan seorang wanita warga emas.
Mana tak mengamuk orang Johor. Ni silap-silap merebak angin taufan Sabah sampai ke Johor ni.
Betullah pengamatan netizen, keluarga Liew/Liow kuasai Johor. Keluarga Lim kuasai Pulau Pinang. Keluarga Nga kuasai Perak.
Sekarang kita fahamlah kenapa Rafizi mahu sediakan satu alternatif lain buat pengundi berbangsa Cina yang nampak DAP telah mula dibelit dibuai kuasa.



No comments:
Post a Comment