Jamzuri Ardani
Kawan saya penyokong pembangkang dengan konfiden cakap jika PN merintah harga diesel akan turun.
Dulu Anwar pernah cakap benda yang hampir serupa, dan hari ini kata-kata itu telah menjadi beban yang besar buat beliau.
Padahal masa dia cakap tu, suasana dan angkanya banyak berbeza. Tidak boleh diambil dalam suasana sekarang. Apa pun sepatutnya pembangkang belajar dari kesilapan itu.
Agak hairan, dalam pada mereka galak mempersendakan Anwar atas ucapan beliau lama dahulu, mereka mengulangi perkara yang sama.
Apakah sel-sel otak mereka tidak berhubung?
Dengan harga minyak sekarang, kerajaan tanggung subsidi sekitar RM3 bilion sebulan. Sebelum krisis Perang Teluk, tanggungan subsidi sekitar RM700 juta sebulan. Naik
Lebih 4 kali ganda.
Macam mana kamu nak turunkan harga lagi. Kamu ingat duit boleh turun dari langit ke?
Belajarlah dari kesilapan Anwar dahulu.
Orang bijak belajar dari kesilapan orang lain. Orang biasa belajar dari kesilapan diri sendiri. Orang tolol tidak mahu belajar dari kesilapan, malah sering mengulangi kesilapan yang sama.
Anwar mungkin tersilap pernah menjanjikan harga minyak turun dan beliau mungkin sudah sedar ianya silap. Tapi akhirnya dia berjaya juga turunkan harga minyak kepada majoriti rakyat melalui perlaksanaan subsidi bersasar.
Kamu pembangkang kata nak turunkan harga minyak tapi tak tahu caranya. Itu namanya sembang kari.

No comments:
Post a Comment