MERUNGUT LAGI? MEMANG HANGPA TAK DA AKAI.

 



Pengangkutan awam di Semenanjung ada fleet card yg diberikan kpd syarikat. Yang bising diesel naik ialah kenderaan 4x4 persendirian. Majoriti kenderaan seperti kereta dan motorsikal menggunakan petrol. Dah diberikan subsidi. 


Berbanding di Thailand penggunaan diesel utk pickup 4x4 lbh bnyk, apa saja pengangkutan barang guna pickup, jadi tentulah polisi negara Thailand akn mengambil kira penggunaan diesel lebih banyak daripada petrol. Subsidi pukal minyak lebih diberikan untuk diesel. Namun rakyat Thailand tak ada BUDI mcm Malaysia yg dapat harga petrol RM1.99 seliter.


Setiap negara mempunyai cara penetapan harga minyaknya. Kita menggunakan kaedah purata harga minyak mentah seminggu yg lepas berasaskan HARGA yg ditetapkan di Singapura (sebut harga pasaran bagi Asia khususnya) utk menentukan harga jualan pada minggu ini. Sebab itulah turun naik harga minyak mentah di pasaran antarabangsa tidak dapat diterjemahkan kepada harga di pam minyak pada masa nyata. 


Walaupun kita juga pengeluar minyak, tetapi minyak kita kurang sulfer yg dikategorikan minyak premium @ sweet crude. Ia dijual lebih tinggi harganya utk ditapis jadi minyak jet. Yang kita tapis sendiri untuk kegunaan domestik hanya dpt memenuhi 30% keperluan saja. Selebihnya kita terpaksa import minyak mentah sebanyak 70% bagi keperluan negara.


Dengan krisis perang Iran maka kesukaran kapal untuk membawa minyak mentah makin bertambah. Kos sewaan kapal tangki semakin tinggi disebabkan jumlah hari di Teluk Parsi yg tersekat. Ia juga disebabkan kos insuran kapal yg melalui zon perang semakin bertambah. 


Kalau dengar celoteh politik memanglah tidak bercakap tentang fakta tetapi utk disesuaikan dgn nada politik masing-masing. 


Walaupun dengan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa maka harga jualan minyak mentah Malaysia juga meningkat. Namun kita harus faham yg Malaysia adalah "net importer" minyak, bermakna kita mengimport lebih bnyk dari eksport.


Lebihan hasil jualan minyak telah digunakan utk menampung subsidi RON95, subsidi diesel kpd sektor perikanan, pengangkutan dan begitu juga subsidi diesel utk pengguna di Sabah dan Sarawak.


Kita tidak dapat memuaskan hati setiap rakyat. Ini kerana kita harus menseimbangkan antara ekonomi makro dan ekonomi mikro.





No comments: