As expected, hari ini 14 Adun Umno Negeri sembilan menarik sokongan terhadap MB.

 

norman daud






As expected, hari ini 14 Adun Umno Negeri sembilan menarik sokongan terhadap MB.

Secara teorinya MB telah hilang sokongan simple majoriti dan perlu meletakkan jawatan dan membubarkan DUN melainkan pembangkang PN (5Adun) akan menyokong MB sekarang.
Tapi jika UMNO dan PN berjaya membuktikan kepada Istana bahawa mereka mempunyai 19 sokongan (14 UMNO + 5 PN), seorang MB dari blok baharu boleh dilantik tanpa perlu pilihan raya.
Menteri Besar (Dato' Seri Aminuddin Harun) boleh memohon pembubaran DUN. Namun, memandangkan negeri baru sahaja melalui PRN pada 2023, ada kemungkinan Istana keberatan untuk membenarkan pilihan raya diadakan semula atas faktor kos dan kestabilan.
Jujurnya saya tak terkejut dengan perkembangan ini. Sejak PRN 2023, UMNO memang tidak berpuas hati kerana jawatan MB diberikan kepada PH (PKR) walaupun UMNO menyumbang 14 kerusi.
Semasa isu melibatkan institusi Diraja atau kedaulatan negeri timbul, ia memberikan alasan moral yang kuat (atau political cover) untuk UMNO menghalalkan tindakan drastik seperti menarik sokongan.
Apa pun, rundingan cross parti pasti akan dilakukan. Sama ada kerajaan negeri hari ini akan kekal dengan pertukaran MB dan MB UMNO akan naik atau perubahan blok kerajaan akan berlaku dan paling drastik DUN dibubarkan.
Sebab tu saya selalu ingatkan.
Berhati hati bila berurusan dengan UMNO.



No comments: