Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuka semula siasatan terhadap mana-mana kes jika terdapat petunjuk baharu, walaupun kes tersebut sebelum ini diklasifikasikan sebagai tiada kes.
Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata perkara itu boleh dilakukan kerana siasatan terhadap kes jenayah tidak ada had masa.
"Kes ini mungkin pada suatu ketika dahulu dikatakan tidak ada kes tetapi sekiranya ada bukti, petunjuk ataupun lead baharu, SPRM akan menjalankan siasatan.
"Banyak kes yang terdahulu, sama ada suka atau tidak suka, kita telah meneruskan siasatan," katanya pada sidang media selepas majlis menadatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan SPRM di Putrajaya hari ini.
Berita penuh: https://mk.my/URIKxYE

No comments:
Post a Comment