PUTRAJAYA, 30 Jan - Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar dan seorang Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan pengurusan sisa buangan elekrik dan elektronik (e-waste).
Sementara itu, seorang lagi orang awam turut direman tiga hari hingga Ahad berhubung siasatan sama.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Terdahulu, keempat-empat individu berkenaan tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi diiringi pegawai SPRM.
Kedua-dua pegawai kanan itu ditahan kira-kira 6.30 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Siasatan SPRM kini tertumpu kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste.
Sumber: Sinar Harian
#RASUAH

No comments:
Post a Comment