PMX SUDAH HILANG SABAR DENGAN PEGAWAI KANAN KERAJAAN MEMBUKTIKAN KRITIKAN KITA BENAR








1) Saya dah malas nak ulang balik bagi link artikel terdahulu di mana saya berkali-kali mengkritik bahawa Menteri dan Kerajaan MADANI perlu tegas kerana Rakyat terutama Kontraktor dan Perunding sdg bercakap menenai dakwaan bhw projek diatur oleh pegawai2 kerajaan dan turut melibatkan rasuah yg dianggap semakin teruk di era MADANI.


2) MESKIPUN kedengaran ia seperti "rumours", khanar angin, hoax namun Anwar perlu tegas meneliti sbb ianya boleh membina Persepsi buruk terhadap PH, Kerajaan MADANI dan mengakibatkan TRUST DEFICIT di kalangan PAP. Apa peranan dan tindakan pegawai-pegawai tinggi terutama agensi2 Penguatkuasaan?? Tak nampak apa2?? Semuanya ok2 shj?? Sbb itu rasuah berleluasa dan Anwar tidak berpuashati.


3) NAMUN kritikan dan teguran saya begitu hanya mendapat EJEKAN, dan MAKI HAMUN  Ceplos golongan PENJILAT, PEMBODEK, PENGAMPU dan PENYEMBAH Anwar Ibrahim. BUKAN salah Anwar sbb Anwar TAK suruh Ceplos jadi mcmtu tetapi puak TAKSUB dan FANATIK itu buta hati kerana KEJAHILAN mereka sendiri.


4) Ceplos PENJILAT, PEMBODEK, PENGAMPU terlalu berTuhankan Anwar sehingga buta utk melihat teguran, kritikan DSRR dan Team HIRUK adalah utk kebaikan Anwar, PKR, PH, Kerajaan MADANI dan Rakyat terutamanya jika diambil secara positif.


5) Nah....skrg Anwar sendiri sudah hilang sabar dgn pegawai-pegawai tinggi Kerajaan MADANI khususnya agensi penguatkuasaan dan beri tempoh seminggu utk melihat perubahan atau "OFF YOU GO" bermakna mereka patut berundur dari jawatan dan tangungjawab masing2.


6) Sekaligus membuktikan kritikan kita selama ini benar bhw wujud kepincangan dan "Deep State" dlm pentadbiran Anwar dan Kerajaan MADANI yg perlu ditangani dgn tuntas dan keras. TAPI...Ceplos anggap Anwar dan Kerajaan MADANI "PERFECT" dan tidak boleh dikritik.


7) Selain itu saya juga pernah sebut bhw antara REFORM penting yg sepatutnya dibuat ialah memberi punca kuasa kpd J/K Pemilihan Khas Parlimen utk mengesyorkan perlantikan Ketua2 Agensi Kerajaan (terutama Penguatkuasaan)  agar mereka lebih bertanggungjawab terhadap Rakyat. 


8.) Selain OMBUDSMAN (hanya kecoh baru2 ini) Kerajaan juga patut mengkaji "Impeachment Act" bg mengekang salahguna kuasa di kalangan Ketua2 Agensi Kerajaan, Pegawai Kanan Kerajaan, PM dan Menteri-menteri sendiri agar mereka lebih bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan oleh Parlimen.


-Zus Din

29/01/2026




No comments: