LOKMAN CABAR AKMAL LEPAS JAWATAN! ADAKAH AKMAL JANTAN AYAU BETINA ADA TE...



Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Lokman Noor Adam mencabar ketua pemuda Umno Akmal Salleh meletak jawatan kalau ketua pemuda itu benar percaya menjadi pembangkang lebih bermaruah daripada jadi sebahagian kerajaan.

Kata Loman, Akmal boleh membuktikan keyakinan itu dengan meletak jawatan sebagai ketua Pemuda, lepas Adun dan Exco kerajaan Melaka untuk jadi pembangkang bersama Pas atau Bersatu, kalau tidak berani ujar Lokman Akmal hanya beretorik semata mata. Ia juga boleh dianggap Akmal main politik lembu patah tanduk.

Apakah Akmal berani? Tanya beliau dalam live di facebooksnya petang ini. Lokman juga berpendapat ketua pemuda Umno itu menjerit melalui konvensyen khas yang diada beberapa hari lepas untuk mencapai agenda tertentu dan bukan sangat untuk membaiki dan perkasakan Umno kerana tindak tanduknya boleh memecah belahkan Umno bukan mempersatukan Umno. Cabaran Lokman itu suatu tamoparan buat Akmal dan beliau perlu memberi reaksi segera sebelum mesyuarat MKT yang dijangka 14 Januari hadapan. Sekiranya MKT menolak cadangan peribadinya yang diluah dalam konvensyen itu Akmal tidak ada pilihan lain perlu melepas rela semua jawatannya untuk jaga air muka. Trims.






No comments: