M.Asri M Jamil
Satu video yang sedang tular di media sosial menunjukkan betapa lemahnya PAS Pusat mengurus masalah dalam parti sendiri. Isu paling besar ialah kedudukan Menteri Besar Perlis, Cikgu Shukri. Raja Perlis telah menitahkan supaya beliau diganti, tetapi PAS Pusat gagal melaksanakan arahan itu sehingga Kebawah Duli Raja Perlis terpaksa bertindak.
Kemurkaan Istana ada sebab. Anak kepada MB, yang juga dikatakan menantu Presiden PAS, telah didakwa di mahkamah kerana memalsukan tuntutan bekalan ke Istana. Apa yang mengecewakan ialah PAS Pusat sebenarnya sudah lama tahu tentang perkara ini tetapi memilih untuk berdiam diri.
Kelemahan PAS Pusat semakin jelas apabila Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, gagal menyelesaikan isu ini walaupun sudah dua kali dipanggil menghadap Raja. Akhirnya, Raja Perlis terpaksa memanggil sendiri ADUN untuk mendapatkan penjelasan kerana keyakinan terhadap kepimpinan Cikgu Syukri semakin hilang.
Lebih menghairankan, ketika krisis sedang memuncak, PAS Pusat dikatakan tidak menumpukan usaha menyelesaikan masalah MB, sebaliknya, sekarang bertindak untuk menyingkirkan Mursyidul Am, Ustaz Hashim Jasin, serta Ketua Ulama Perlis.
Jika negeri sekecil Perlis pun tidak mampu diurus dengan baik sehingga menyusahkan Istana, impian untuk menguasai Putrajaya hanyalah sesuatu angan-angan yang sukar dipercayai.

No comments:
Post a Comment