Jangan asyik meratib DAP, Syahir
Setiausaha Agung AMANAH Faiz Fadzil memulangkan paku buah keras kepada Syahir Sulaiman (PN-Bachok) dengan peringatan agar tidak meratib berkenaan DAP.
“Nasihat saya kepada Syahir, sebagai ahli parlimen yang berbakat, jangan menjadi seperti walaun dengan menurut sahaja ratib pemimpin mereka. Presiden meratib DAP, kamu pun meratib DAP,” kata beliau dalam pesanan WhatsApp kepada Harapan Daily.
“Sedangkan, jika benar DAP itu satu ancaman, kenapa tidak Pas atau PN haramkan sahaja ketika mana mereka menjadi kerajaan sebelum ini.”
Pas menganggotai blok kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Mahiaddin Yassin pada Mac 2020 dan pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga 2022.
“Jelas, demi kuasa Pas menggunakan DAP (ketika perintah Perak 2008), dan demi kuasa juga Pas menjadikan DAP sebagai punching bag isu perkauman.”
Faiz berkata demikian merujuk kepada Pas yang menganggotai Pakatan Rakyat dan membentuk kerajaan bersama DAP.
“Kepada ahli Pas, jangan pelik jika satu hari Pas berkawan semula dgn DAP kerana kemarukan kuasa.”
Faiz berkata demikian sebagai balasan kepada Syahir yang meratib berkenaan DAP dalam laman Facebook.
Syahir terkesan daripada kenyataan Faiz yang menyatakan Pas bagaikan Akademi Fantasia dalam menentukan pengerusi Perikatan Nasional.
Ahli parlimen Pas itu mendakwa bahawa AMANAH menjadi pak turut DAP.
Faiz turut menyatakan bahawa Pas seharusnya menerangkan kepada umum dan ahli parti mengapa presiden Pas Tan Sri Hadi Awang tidak mengambil alih jawatan pengerusi PN.
Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN berkuatkuasa 1 Jan.
No comments:
Post a Comment