Pergolakan yang berlaku di Perlis menunjukkan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) lebih mengutamakan politik berbanding kestabilan negeri dan rakyat.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin Ahmad berkata, situasi tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan PN mempunyai kerajaan yang stabil serta kedudukan kerusi Pas (9) dan Bersatu (5) berbanding PH (1) sebelum ini.
Menurutnya, PN sepatutnya menggunakan perbincangan dalaman sekiranya mahu menukar Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli tanpa menimbulkan kekecohan sehingga krisis berlaku.
"Tiada tekanan daripada BN (Barisan Nasional) atau PH yang menyebabkan berlakunya goyah ini, tidak ada, jadi maksudnya tumpuan pentadbiran (kerajaan negeri) ini boleh lebih lagi.
"Jadi maksudnya apa, maksudnya selama ini dok fikir siapa nak naik, siapa nak turun, nak kata tak buat rombakan Exco dah buat.
"Bukan saya kata MB (Menteri Besar) tak boleh ditukar, MB boleh ditukar, tetapi you have the huge majority, tak menggunakan (kelebihan majoriti dan berbincang secara dalaman), maksudnya ada kekurangan daripada segi kepimpinan," katanya.

No comments:
Post a Comment