Tapi tak ramai perasan satu benda kecil yang nilainya tak ternilai.
Ini bukan gambar lakonan.
Ini foto sebenar sekitar April 1973,
ketika P. Ramlee berkunjung ke rumah Ketua Polis Jerantut, Encik Rahim Abdul Hamid.
Maklumat ni disahkan dalam beberapa buku,
siap dengan foto lain di lokasi yang sama.
Ramai tengok wajahnya.
Ada kata nampak penat.
Ada kata nampak tenang.
Tapi yang selalu buat orang tak perasan sebenarnya,
jam tangan di pergelangan tangan Seniman Agung.
Setiap kali gambar ni muncul,
buat yang perasan dan teliti.
Soalan yang sama akan timbul,
“Jam apa P. Ramlee pakai?”
Jawapannya ringkas,
tapi berat di hati.
Sepanjang hidupnya,
P. Ramlee hanya memiliki dua jam tangan sahaja.
Bukan koleksi.
Bukan bertukar-tukar ikut gaya.
Cuma sebuah Rolex,
dan sebuah Citizen Parawater.
Selepas beliau pergi,
Saloma menghadiahkan kedua-duanya,
satu kepada Nasir,
satu lagi kepada Sazali.
Tapi tak semua kekal lama.
Jam tangan dalam simpanan Sazali diragut beberapa bulan kemudian.
Sejak hari itu,
tinggal satu sahaja jam yang masih wujud sebagai warisan fizikal terakhir.
Dan di situlah nilai sebenar gambar ini.
Bukan pada jenama.
Bukan pada harga pasaran.
Tapi pada hakikat bahawa,
seorang legenda yang karyanya kekal sampai hari ini,
hidupnya cuma ditemani dua jam untuk mengira masa.
Kadang-kadang,
yang paling bernilai..
Bukan apa yang kita kumpul,
tapi apa yang masih tinggal bila semuanya sudah hilang.
Kredit info: Hidir Ali Razali

No comments:
Post a Comment