Cadangan tidak perlu beli jet pejuang yang mahal, nak counter pesawat musuh penyelesaian beli sahaja SAM, Surface to Air Missile / Sistem Pertahanan Udara.
Cadangan pakar netijen kita 😁
Macam betul cadangan ni, betullah tu, tetapi jet pejuang juga perlu, antara sebabnya jika hendak menangani pesawat pejuang musuh yang berada di ZEE, takkan nak tembak SAM ? jadi kes seperti ini kita panggil QRA, jadi perlukan jet untuk scramble, atau warning the unknown aircraft.
Begini, SAM memang perlu, tetapi ia adalah lapisan pertahanan statik. Jet pejuang pula tetap penting sebagai "elemen serangan", "rondaan udara", dan "penguat kuasa dominasi udara". Negara yang bergantung sepenuhnya kepada SAM tanpa jet pejuang akan kehilangan keupayaan menyerang dan menghadapi risiko kehilangan kawalan udara sepenuhnya.
Cadangan “beli SAM sahaja” mungkin berjimat, tetapi ia seperti membeli kunci pintu yang kuat tanpa dinding rumah – pertahanan anda hanya kuat di tempat tertentu tetapi kosong di kawasan lain. Gabungan SAM dan jet pejuang adalah penyelesaian terbaik.
SAM perlu, tetapi SAM tidak boleh lakukan air patrol, atau eksesais dengan F-35 atau Raptor... 😅
Admin ni kejap taip ayat macam sinar harian, kejap macam ayat sembang kedai kopi... haaa memang aku ni gila sikit 😆 suka hati akulah... kau ingat pilot tu ada masa nak tulis macam aku nih 😆
Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG


No comments:
Post a Comment