Ladang kelapa sawit Malaysia mula pivot ke data centre?


Nazri Hamdan





Nampaknya trend ni mungkin dah bermula bila syarikat-syarikat sawit besar macam SD Guthrie, KLK, IOI semua dah pivot ke projek AI data centre dan solar farm sebab pelaburan asing dalam sektor ni tengah meletup. 


Dari bergantung 100% pada hasil sawit, mereka ubah sebahagian tanah ladang untuk buat data centre, solar farm, dan industrial park.


Empat tahun terakhir saja, Malaysia dah tarik masuk US$34 bilion (RM159 bilion) pelaburan data centre dengan Google US$2b, Microsoft US$2.2b, Amazon US$6.2b… semua nak buka “hyperscale AI hubs” dekat sini. 


Dan bila data centre perlukan tanah luas + elektrik gila banyak (5 GW menjelang 2035, hampir 20% kapasiti elektrik negara), siapa lagi paling sesuai kalau bukan syarikat sawit yang control ratus ribu hektar tanah? Itu yang buat ladang sawit tiba-tiba jadi “real estate premium” untuk AI.


Dalam masa sama, Johor dah jadi pusat pembinaan server farm dan pusat data terbesar Asia Tenggara, sampai vacancy rate cuma 1.1% jadi maknanya semua facility penuh, permintaan mencanak. 


Guthrie sorang dah reserve 10,000 hektar untuk industrial park + solar farm, siap target 1 GW solar dalam 3 tahun untuk supply tenaga kepada 10 data centre AI. KLK buat KLK TechPark 1,500 ekar pula dengan BYD, kemudian nak buka satu lagi kompleks besar dekat Johor. 


Malaysia punya ekonomi sawit sekarang bukan saja jual minyak, tapi jual land value, green energy, dan server space untuk dunia AI. Dari ladang sawit ke ladang data..memang next level pivot.




No comments: