MALAYSIA ANTARA NEGARA PENGELUAR SENJATA.

 


Tahukah anda bahawa Malaysia mempunyai syarikat pengeluar kenderaan dan kelengkapan tentera yang bertaraf antarabangsa.





DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech), milik Tan Sri Syed Mokhtar, telah beroperasi sejak tahun 1996, dengan kilang pengeluaran utamanya di Pekan, Pahang.


Deftech bukan calang-calang. Mereka adalah pengeluar kenderaan tentera ikonik untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti ACV-300 Adnan dan AV8 Gempita.


Hebatnya, produk Deftech turut dieksport ke negara seperti Brunei dan Australia. 


Mereka juga menjalin kerjasama strategik dengan syarikat pertahanan global seperti FNSS (Turki), Chaiseri (Thailand), dan Denel (Afrika Selatan).


Terbaru, Deftech melalui anak syarikatnya, Deftech Unmanned Systems (DUS), bekerjasama dengan Sichuan AOSSCI Technology Co. Ltd. (AOSSCI), salah sebuah pengeluar dron terbesar di China, untuk mengembangkan sistem pesawat tanpa pemandu (UAS).


Dengan keupayaan dan semangat ini, tidak mustahil satu hari nanti Deftech akan mampu menghasilkan pesawat pejuang pula untuk negara.



No comments: