𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗞𝗥𝗘𝗪 𝗙𝗟𝗘𝗫𝗜𝗠𝗔𝗥𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠







Jika anda mencari pekerjaan yang fleksi dengan gaji yang bermaruah, ini peluang anda menyertai krew Fleximart dan Kesum yang akan dibuka pada 1 November dan 8 November ini.


Fleximart ialah sebuah kedai serbaneka yang menawarkan makanan siap pada harga bawah RM5 dan menjual barang-barang runcit pada harga murah, seperti sabun pembasuh baju pada harga RM1 seliter.


Kesum ialah sebuah kedai makanan value-meal yang menjual makanan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam pada harga RM5 ke bawah.


Setiap kedai Fleximart dan Kesum akan dikendalikan oleh 6 orang pekerja tetap dan 6 orang pekerja sambilan yang bekerja mengikut shif.


Pekerja tetap bekerja tidak lebih dari 45 jam seminggu dan dibayar gaji RM2,000 sebulan termasuk sumbangan KWSP.


Pekerja sambilan bekerja tidak lebih dari 20 jam seminggu dan dibayar gaji mengikut jam pada kadar mengikut undang-undang.


Selain dari gaji pokok, pekerja juga akan mendapat perkongsian keuntungan mengikut kadar yang dipersetujui, supaya sebahagian untung dikembalikan kepada pekerja setiap bulan.


Anda akan diberikan latihan, kami alu-alukan permohonan tidak kira latar belakang, terutamanya kepada golongan-golongan berikut:


- Anak muda yang masih menganggur

- Suri rumah yang berkelapangan untuk bekerja sambilan

- Pelajar yang boleh buat kerja sambilan


Fleximart akan dibuka di Seksyen 7, Shah Alam pada 1 November dan Kesum akan dibuka di Pandan Indah pada 8 November.


Jika anda berminat, sila isi borang di sini:https://forms.gle/YVXXELHnwVfysqtt7 


Atau boleh menghubungi terus Qimi di 019 7191993.




No comments: