YB Ustaz Fawwaz kena maki.



MOhd Khairi







Insiden banjir kilat yang berlaku semalam mungkin dapat ditangani dengan lebih baik jika pihak berkuasa ambil tindakan segera seperti yang disarankan oleh Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Pulau Pinang YB Zulkefli Bakar sejak April lalu. 


Akibat hujan lebat yang berlarutan minggu lalu, kawasan pembangunan berhampiran telah mengakibatkan banjir kilat dan mencederakan beberapa penempatan berhampiran.




Yang kena maki pula ahli parlimen pembangkang iaitu Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Ustaz Fawwaz. Sedangkan bidang kuasa tatakelola dan kawal selia bab pembangunan negeri di bawah kuasa kerajaan negeri, iaitu untuk Pulau Pinang sudah tentu kerajaan PH di bawah pimpinan DAP. 


YB Ustaz Fawwaz kena maki sebab tak turun melawat semua rumah sedangkan malam sebelumnya saya dapat maklumat YB Ustaz Fawwaz ada turun melawat beberapa rumah cuma tak sempat untuk santuni semua rumah pada hari tersebut. Jadi esoknya hari yang dia kena maki tu dia sambung turun lawatan untuk santuni mangsa, tetapi disambut dengan makian oleh seseorang.


Sedangkan musibah ini mungkin dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya diuruskan dengan lebih baik jika saranan YB Zulkefli Bakar ADUN Penanti sejak April lalu diberi perhatian sebaiknya oleh pihak berwajib. 


Saya lampirkan sekali link laporan tersebut:


https://www.facebook.com/share/p/19NCoWy5Vw/?mibextid=wwXIfr


Saya cadangkan kepada Ahli Parlimen Permatan Pauh dan ADUN Penanti untuk panggil semua pihak berwajib yang berkaitan dari semua agensi dan pejabat kerajaan negeri serta kontraktor yang bertanggungjawab, adakan satu sesi townhall untuk selesaikan isu ini supaya insiden ini tidak lagi berulang.



No comments: