Wanita Kejar SUV Sendiri Selepas Aktifkan Sistem Parkir Automatik.




Sebuah insiden luar jangka melibatkan kenderaan elektrik (EV) mencuri perhatian ramai di luar negara apabila seorang wanita dilaporkan terpaksa mengejar keretanya sendiri selepas mengaktifkan sistem parkir automatik.


Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah kawasan parkir apabila wanita berkenaan keluar dari SUV jenis elektrik yang dipandunya. Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, wanita tersebut meninggalkan kenderaan selepas mengaktifkan fungsi Automatic Parking System (APS) yang sepatutnya membantu memarkirkan kereta secara sendiri.


Namun, keadaan bertukar cemas apabila kenderaan berkenaan secara tiba-tiba bergerak sendiri tanpa terkawal menuju ke ruang parkir lain. 


Melihat keadaan itu, wanita berkenaan dilihat berlari mengejar SUV tersebut sehingga ke kawasan parkir bersebelahan bagi memastikan ia tidak melanggar kenderaan lain.


Rakaman insiden itu segera menarik perhatian pengguna media sosial di seluruh dunia selepas dimuat naik di beberapa platform popular.


Ramai warganet meninggalkan pelbagai komen lucu, ada yang menyamakan situasi itu seperti “kereta lari daripada tuannya”, manakala ada juga yang bergurau kononnya kereta berkenaan “cuba mencari tempat parkir lebih selesa”.


Walaupun tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, peristiwa berkenaan sekali lagi mencetuskan perdebatan mengenai tahap keselamatan teknologi bantuan pemanduan automatik pada kenderaan moden.


Sumber Media Sosial




No comments: