Anthony Loke
Selepas tular dalam media sosial 2 hari lalu berkenaan berita seorang pelancong asing yang ditipu oleh "ulat" di KLIA T2 dengan tawaran asal RM60 tetapi dipaksa bayar RM836 sebelum turun kereta, saya telah mengarahkan JPJ untuk menjejaki kenderaan tersebut.
Semalam, selepas operasi samaran di KLIA, JPJ telah berjaya menahan kenderaan tersebut bersama pemandunya
Kereta tersebut telah disita serta merta dan kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan selanjutnya.
Syabas dan terima kasih atas tindakan pantas JPJ!
MOT tidak akan berkompromi dengan "ulat-ulat" yang merosakkan imej negara.


No comments:
Post a Comment