Hadir di Baling hari ini bagi merasmikan penutupan Program MADANI Rakyat (PMR) Kedah, sambil menyantuni pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam di peringkat negeri dan persekutuan dalam suasana penuh harmoni dan muafakat.
Dalam ucapan, saya tegaskan bahawa kebajikan rakyat adalah keutamaan yang tidak boleh dipandang ringan, lantas ia mesti diperjuangkan secara menyeluruh dari peringkat Kerajaan Persekutuan hingga ke Kerajaan Negeri agar tiada pihak yang terpinggir atau tercicir daripada arus pembangunan negara.
Isu kos sara hidup, kekal sebagai antara keutamaan Kerajaan MADANI, dimana melalui pendekatan Subsidi Bersasar, pelaksanaan program seperti SARA (Sumbangan Asas Rahmah), dan pelbagai bentuk bantuan langsung kepada rakyat, kerajaan akan memastikan setiap bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Ini semua akan terus diperkukuh dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), sebagai rangka kerja yang menjunjung prinsip keadilan sosial, keseimbangan pembangunan, dan kelestarian hidup rakyat.
Saya juga berkesempatan bertemu sahabat-sahabat yang terlibat dalam peristiwa bersejarah Baling 1974, dan menzahirkan penghargaan di atas semangat juang serta doa yang mereka titipkan demi kebaikan dan kemajuan kita bersama.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
















No comments:
Post a Comment