SANDIWARA 2.0 DALAM BERSATU







Tiga tahun lepas di mesyuarat agung  Bersatu Mahiaddin buat satu gimik kononnya dia akan berundur dari jadi presiden. Alasan untuk dia berundur kerana masalah kesihatan. Dia sakit kanser pankreas.


Bagaimana pun selepas pulang ke rumah dan berunding dengan isteri dan menasihatinya, dia tarik balik hasrat itu. 


Penarikan balik cadangan itu menyebabkan Mejah yang haus untuk jadi presiden kantoi.


Kali ini dalam mesyuarat semalam Mahiaddin dijeritkan agar berundur. Jeritan mintanya berundur berlaku ketika dia sedang menyampaikan ucapan dasar. Mahiaddin kata dia tak dengar oun jeritan itu sampai mesyuarat kecoh hampir bertumbuk.


Jeritan minta Mahiaddin undur itu dibalas perwakilan lain agar dia terus jadi presiden. Ada satu kumpulan lain membelanya. Laungan bergema sampai menenggelamkan jeritan minta Mahiaddin berundur itu.


Diakhir mesyuarat masa penggulungan ada yang mencadangkan agar Mahiaddin manjadi calon PM daripada Bersatu. Ramai yang melaung menyokong cadangan itu menamakan Mahiaddin sebagai calon PM dia masih mendapat kepercayaan daripada partinya.


Sebenarnya apa yang berlaku itu sebuah lagi sandiwara dalam Bersatu. Nampaknya Mahiaddin terselamat dari disingkir kali kedua. Dia mungkin selamat, tetapi tidak ramai yang tahu keputusan itu tidak disenangi Pas yang lebih cenderong dan percayakan Mejah.


Saya rasa semua orang dapat membaca apa yang berlaku itu adalah sandiwara. Cuma apa yang orang tidak tahu siapakah sutradaranya.


Saya dah tahu lama kehandalan dan kelicitan sang sutradara ini. Trims.



No comments: