MENELEFON SAHABAT LAMA.


Anwar Ibrahim


Lewat petang tadi saya telah menghubungi Anutin Charnvirakul bagi mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.






Saya juga menzahirkan kegembiraan kerana beliau merupakan sahabat lama yang sentiasa bersama saya sewaktu susah dan senang.


Saya turut menjemput beliau untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu penting termasuk pengukuhan hubungan dua hala selain perkembangan di sempadan Thailand–Kemboja serta kerjasama ASEAN.


PM Anutin memaklumkan upacara angkat sumpah akan berlangsung dalam tempoh seminggu, dan beliau menantikan peluang untuk berjumpa saya sejurus selepas itu.


πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡ΉπŸ‡­


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja




No comments: