PM ANWAR LAKUKAN LAWATAN KE KILANG MILDEF















Usai merasmikan Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan di Dataran Nilai, saya kemudiannya hadir ke kilang kenderaan perisai Mildef International Technologies di Sendayan yang merupakan satu lagi mercu tanda dalam industri pertahanan negara (military industrial complex). Ia antaranya menjadi lambang inovasi dan kepakaran temparan, selain menjadi simbol kedaulatan yang mengakar pada maruah bangsa. Malaysia tidak seharusnya secara berterusan bergantung pada perolehan dari luar, tetapi sebaliknya mesti membina kekuatan dalam negeri dengan prinsip tatakelola yang telus, kecanggihan teknologi dan penyelidikan yang berpaksi pada kekuatan jati diri bangsa. 

Bersempena bulan kemerdekaan ini, kita terus-terusan diperingatkan bahawa keamanan tidak hadir dengan sendirinya. Malah, ia ditegakkan dengan pengorbanan para perwira dan perajurit bangsa, dengan disiplin yang teguh, dan dengan kepemimpinan yang menolak segala bentuk penyimpangan mahupun yang diam terhadap kecurangan. Aspek pertahanan adalah amanah dalam menjaga dan melindungi maruah negara, memelihara Selat Melaka dan Laut China Selatan, serta mempertahankan keamanan rantau ini bersama sahabat-sahabat serantau.

Justeru, saya tekankan bahawa kekuatan industri pertahanan tempatan harus berpadu dengan kesejahteraan rakyat. Bila bumbung ekonomi negara makin tinggi, lantainya juga mesti terangkat supaya pekerja dan keluarga turut menikmati hasilnya. Ini semangat yang madani, yakni pertahanan yang kukuh, ekonomi yang makmur, rakyat yang sejahtera, dan negara yang terus dihormati dunia. 

#MalaysiaMADANI 
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI


No comments: