MASA ADA KUASA NAK TOLONG OENIAGA KECIL MELAYU.. NI BAWA ANAK MUDA NAIK MOTOR... JAGA PETANI PUN TIDAK.. MAKI PANDAI.



 Ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jubli Emas ke-50 Gabungan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPKMM), saya tegaskan bahawa dalam arus pembangunan negara, prasarana gerai, warung dan restoran rakyat tidak boleh diketepikan.

















Kemudahan asas seperti kebersihan dan infrastruktur perlu sentiasa dipertingkat agar kekal relevan dan menjadi pilihan utama pengguna.


Sebagai tanda sokongan kepada perjuangan peniaga kecil, saya umumkan kelulusan peruntukan segera sebanyak RM500,000 kepada GPPKMM, dan dana ini akan disalurkan terus kepada gabungan bagi memastikan kelangsungan operasi, program, dan aktiviti persatuan tanpa gangguan sementara menunggu pembentangan Belanjawan akan datang.


Peniaga kecil adalah nadi ekonomi rakyat dan Insya-Allah Kerajaan MADANI akan terus membela dan memperkukuh kedudukan mereka demi masa depan yang lebih baik.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja



No comments: