MB KAMI SEMPOI..AYAQ TAK DAK TAK PA..JANJI KARAOKE









Alhamdulillah, malam tadi saya duduk bersama barisan pimpinan negeri dalam Mesyuarat Pakatan Harapan Kedah untuk menyelaras hala tuju politik dan memperkemas kembali gerak kerja gabungan di peringkat negeri.


Kami turut meneliti pelbagai cabaran semasa, khususnya keresahan rakyat Kedah terhadap isu-isu setempat yang makin mendesak. Kami tidak mahu sekadar menjadi pembangkang, sebaliknya, kami mahu tampil sebagai barisan yang mampu membawa solusi dan harapan baharu.


Terima kasih kepada semua pimpinan yang terus memberikan tenaga dan komitmen dalam perjuangan ini. InshaAllah, kita akan terus bekerja keras demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat Kedah.


#MalaysiaMadani 

#MADANIBekerja 

#PakatanHarapan

No comments: