Setibanya kami di Istana Merdeka, saya dan delegasi disambut meriah sempena kunjungan rasmi.
Usai pemeriksaan barisan kehormat, saya dan Presiden Prabowo Subianto lantas meneruskan acara dan agenda perbincangan yang mencakup pelbagai isu melibatkan persempadanan darat dan maritim hingga ke perkara terkait Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia yang akan datang.
Perbincangan kami berjalan dengan baik dalam suasana serumpun yang menyemangati keakbraban kedua-dua negara sahabat.
Alhamdulillah, isu yang menjadi perbahasan telah diselesaikan dengan baik dan bijaksana.
🇲🇾🇮🇩
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
Foto: Istana Merdeka






No comments:
Post a Comment