KERJA KONTRAK MEMANG AKANDITAMATKAN BILA TAK LAGI DIPERLUKAN


Mohd Fairul


 📉 "PETRONAS buang 5,000 pekerja?"


Ramai yang terkejut, tapi ini bukan keputusan mengejut. Ia sebahagian daripada penstrukturan semula oleh syarikat minyak & gas negara kita.


Industri minyak & gas kini dalam fasa penyusunan semula di peringkat global.


💼 ExxonMobil buang 250 pekerja (UK)

💼 BP dah kurangkan >5% tenaga kerja

💼 Chevron & ConocoPhillips umum langkah sama


➡️ PETRONAS tak terkecuali. Dunia sedang berubah. Nak taknak, kena do something.


Siapa yang terkesan?


Tiada sudden termination bagi kakitangan tetap. Sebahagian besar adalah:

🔹 Kakitangan kontrak — dengan tempoh perkhidmatan yang telah ditetapkan sejak awal

🔹 Kakitangan hampir bersara — ditawarkan option bersara awal secara sukarela


📌 Ramai tidak sedar: pengambilan secara kontrak ialah amalan biasa dalam sektor O&G — selari dengan keperluan projek dan fleksibiliti operasi.


Apa jaminan untuk kakitangan terjejas?


PETRONAS lancarkan program khas: Next Chapter sebagai ekosistem sokongan menyeluruh. 


🔸 Pampasan adil & melebihi piawaian undang-undang

🔸 Bimbingan kerjaya & peningkatan kemahiran

🔸 Bantuan kewangan & kesihatan mental

🔸 Akses kepada peluang kerja baharu

🔸 Program keusahawanan melalui PETRONAS Innovation Garage (PING)


Kenapa langkah ini penting?


Untuk terus menyumbang kepada negara, PETRONAS perlu kekal mampan, cekap & kompetitif.


Kalau Petronas tidak berubah mengikut zaman dan keperluan semasa, keuntungan diorang akan terjejas, dan akhirnya, pendapatan negara pun akan terkesan teruk.


“No more Petronas in a decade if we dont right size now.” 


CEO Taufik is doing the right thing. Kredit infodemik X



No comments: