Terdesak sangat dah 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 ni. Dengan percaturan ini, maka Mahathir mengakui yang 𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 tak mampu menarik sokongan Melayu. Sebab tu dia nak tubuhkan sekretariat yang konon 𝗿𝗲𝗻𝘁𝗮𝘀 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶.
Konon sekretariat ini menumpukan kepada 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂? Tapi apa dia masalah orang Melayu?
Masalah orang Melayu ni 𝘀𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘁𝗶𝗽𝘂. Bukan ditipu dek Cina. Tapi ditipu 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 sendiri. Sakau, rasuah, seleweng, kemudian guna sentimen 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺, terus sokong penjenayah tu.
Satu lagi masalah orang Melayu ni, 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗺𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 dari sudut sebenar. Orang Melayu faham Islam cara ekstrem. Sampai 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 sesama muslim semata-mata kerana perbezaan fahaman politik.
Macamana Mahathir nak selesaikan masalah orang Melayu ni kalau Mahathir 𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 pencetus masalah orang Melayu tersebut? Malah Mahathir pun 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 yang jadi punca masalah Melayu.
Banyak dah usaha puak penipu dan pengkhianat ni nak rebut kuasa atas nama 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 tapi nampaknya tak ada satu pun yang berjaya. Kenapa agaknya orang Melayu sambut dingin usaha begini?
Tahun 1946, bila orang Melayu diseru supaya bersatu di dalam 𝗨𝗠𝗡𝗢, maka hampir semua Melayu sambut seruan itu. Kenapa? Sebab orang Melayu ketika itu sedar mereka 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿-𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮𝗵.
Orang Melayu sedar penjajah juga 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Maka sebab itu orang Melayu boleh berganding tangan menentang kebiadaban penjajah.
Tapi hari ini, situasi berbeza. Puak pengkhianat ni cuba mainkan 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗺𝗲𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮. Tapi kini orang Melayu dah sedar itu semua 𝗿𝗲𝘁𝗼𝗿𝗶𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗸 puak yang gila kuasa dan mereka yang 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮.
Masalah orang Melayu hari ini untuk teruskan hidup sehari-hari. Orang Melayu hari ini mahukan pendapat yang elok. Mahu Prasana yang cukup. Mahu wang negara tidak diselewengkan sesuka hati lagi.
Ceritalah Melayu terancam, Islam terancam bagai, orang dah tak heran. Sebab orang Melayu tahu hidup mereka sekarang 𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗺𝗮𝗶. Tak rasa terancam pun. Boleh je cari rezeki secara selamat.
Mahathir berhentilah dari perbodohkan dir macam ni lagi. Usah pura-pura kisahkan nasib Melayu. Masa dia berkuasa dulu dialah orang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘀, 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗹𝘂𝗽𝗮. Hari ni berlagak suci jadi pembela Melayu? Munafik? Guane boh?
Raja Gelap II
.
No comments:
Post a Comment