Tarif AS: EU Minat Meterai Semula FTA Segera Dengan ASEAN – PM Anwar


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI siri ke-5 di Subang Jaya, Selangor pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SUBANG JAYA, 18 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan semula minat untuk memeterai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan ASEAN, susulan pengumuman tarif besar-besaran oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini.

Mendedahkan perkara positif itu, Perdana Menteri berkata, justeru Malaysia perlu memastikan proses tersebut dapat dilaksanakan segera.

“Kita perlu bergerak segera (ke arah itu) ,” katanya ringkas dalam Forum Ilmuan Malaysia MADANI Siri Lima di sini, malam tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI siri ke-5 di Subang Jaya, Selangor pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut catatan terdahulu, usaha untuk meneroka kemungkinan menjalin FTA secara menyeluruh antara EU dan ASEAN bermula sejak 2007.

Walau bagaimanapun, rundingan itu dihentikan pada 2009 untuk memberi laluan kepada rundingan dua hala antara EU dengan negara-negara ASEAN secara berasingan.

Hasil daripada pendekatan ini, EU telah berjaya memeterai FTA dengan Singapura dan Vietnam dan sedang berunding dengan negara lain termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI siri ke-5 di Subang Jaya, Selangor pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Yang turut hadir pada forum itu ialah Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Datuk Amirul Feisal Wan Zahir dan Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Untuk rekod, pada mulanya Anwar melihat EU agak ragu-ragu untuk menandatangani perjanjian dengan ASEAN, namun kini telah meminta Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 mempercepatkan proses rundingan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI siri ke-5 di Subang Jaya, Selangor pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

EU kini merupakan rakan dagang ketiga terbesar ASEAN selepas AS dan China, dengan jumlah dagangan barangan bernilai sekitar €252 bilion (RM1.2 trilion) pada 2023 dan perkhidmatan sebanyak €126 bilion (RM633 bilion) pada 2022.



No comments: