MAJLIS HARI RAYA MOF







 Usai lawatan ke Bangkok, Thailand, saya sempat menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Kewangan (MOF). 







Saya dan Azizah menjamah beberapa juadah dan minuman disediakan, Alhamdulillah, semuanya enak dan membangkitkan suasana kemeriahan Syawal.


Dalam menyambut bulan yang mulia ini, Hari Raya Aidilfitri wajar dijadikan ruang untuk kita memperkukuh ukhuwah dan silaturrahim — bukan sahaja sesama ahli keluarga, tetapi juga rakan sekerja dan sahabat handai.


Majlis ini menjadi wadah untuk warga MOF serta agensi-agensi berkaitan bertemu muka, beramah mesra, dan menyambut Syawal dalam suasana sederhana namun penuh erti.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



No comments: