ORANG TEMPATAN TENTUKAN


Hamdan Taha


 Pagi ni ada kelapangan nak ulas tentang politik sikit terutama prk air kuning


Prk air kuning ni sebenarnya penting untuk kedua dua gabungan, sama ada PN mahu pun Kerjasama Umno dan PH, kerana kawasan air kuning ni ialah lambang kekuatan Umno dan juga PH sebenarnya kerana keadaan pengundi yang melayunya 58 peratus dan selebihnya bukan melayu. Walaupun sebelum ni air kuning adalah Kubu Kuat Umno dan Bn termasuk Parlimen Tapah


Pas dan PN jika berjaya menang Prk kali ni maka jentera parti dan semangat ahli parti untuk berdepan dengan Pru ke 16 sudah tentu dalam keadaan terbaik dan mereka boleh mengunakan keputusan kemenangan itu untuk di jadikan modal menjelang PRU ke 16


Jika BN dan Umno berjaya menang dan dengan tambahan undi meningkat ianya juga suntikan vaksin buat umno dan kerajaan perpaduan. Jika umno menang lebih mudah kerjasama antara BN dan PH untuk terus bersama dalam berdepan dalam PRU ke 16 nanti. Prk kali ni lebih menarik buat BN Umni dan PH ialah kerana mereka mula nampak serasi dan sudah tidak kekok dalam bekerjasama berbanding PRK sebelum ini. Dap, PKR, Amanah sudah berani berkempen dan dah nampak kerjasama tu bersepadu, tapi sejauh mana kerjasama ini boleh menghasilkan kejayaan kita tunggu 26 hb...


Kebetulan kakak saya dan anak anaknya mengundi di air kuning, dan saya tanya mereka keadaan di sana. Setakat ni katanya BN lebih awal datang ke rumah dan kerap berbanding PN. Undi tetap rahsia tapi cara berkempen juga penting kerana orang tempatan kurang ke program ceramah umum mereka lebih banyak ada di rumah dan rakyat biasa ni tak berapa faham kempen kempen yang menjurus kepada politik nosional bagi orang tua, tapi bagi orang muda barangkali berbeza pandangan... Mereka lebih bermaklumat kerana media sosial adalah sumber mereka...


Calun BN ada kelebihan dari segi parti Umno kerana dia setiausaha bahagian maknanya akar umbi umno dia dapat dan umum je calun ahli ahli umno dia tak perlu kempen berlebihan dan nak kepong ahli parti sendiri, jika calun baru dan tak pengang jawatan parti 5 hari terpaksa kerja membaik pulih ahli parti dulu, tapi kali ni tidak buat umno. Pas bab ni lain dari umno, Pas siapa pun calun ahli boleh menerimanya kerana dia tak tengok calun tapi keputusan parti jadi mudah sikit...


Semoga siapa pun menang rakyat air kuning untung dalam tempoh sebulan ni kerana satu melaya datang pada mereka... Dan saya juga nak ucapkan tahniah kepada bekas ahli umno atau ketua wanita umno norasikin semalam masuk pas, saya yakin dia dah setahun Pas masuk dalam badan dia kerana suami baru dia dan jodoh dia dengan pimpinan Pas tapah dan bekas calun air kuning pru ke 15 baru lepas. Kita tengok dia pun dah berpurdah alhamdulilah hijrah yang lebih baik buat dia... Saya yakin dia enjoy dengan keputusan itu kerana jika tidak susah pula dia dan suami lagi pun dia dah tidak aktif berpolitik dalam umno selepas dia berkahwin baru..... Apa pun kesan pada prk air kuning tak ada, tapi pada masyarakat di malaysia mungkin ada buat annuar musa dan Pas... Seronok boleh spin... Ada modal baru...



No comments: