
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara berkaitan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan diputuskan pada mesyuarat MTEN pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 12 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan perlu merangkumi pelan tindakan jangka pendek, sederhana serta panjang dan perlu dilaksanakan merentasi setiap kementerian dan agensi yang berkaitan.
Menurut Perdana Menteri, perkara itu diputuskan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 1 Tahun 2025 selepas pembentangan kepada Kementerian Ekonomi hari ini.

“Mesyuarat juga telah diberi taklimat terkait prospek, cabaran dan keutamaan ekonomi oleh Bank Negara Malaysia (BNM),” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.
“Natijahnya, penyelarasan dasar kerajaan dalam mewujudkan keadaan ekonomi yang positif adalah amat penting termasuklah ikhtiar pembaharuan struktur, demi mewujudkan ketahanan ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment