KERAJAAN PERPADUAN YANG USAHAKAN PELARASAN PENCEN TETAPI PUAK PN DAN LEBAI YANG "CLAIM"?

 


AKHBAR TAK DAK ETIKA MACAM AHLI PARTI DAN PIMPINAN. 


JANGAN PERASAN LA WOII PIMPINAN PN. MASA JADI KERAJAAN 33 BULAN TAK SEBUT PUN BAB GAJI... HANGPA SAKAW ADA LA..



Semua tahu, bertahun veteren tentera berhimpun dan berdemo, serah memorandum bagai untuk merayu kerajaan selesaikan masalah tuntutan pelarasan pencen mereka.  Semua tidak dilayan waktu itu oleh kerajaan lalu.



Tidak kira tua atau muda, sihat atau tidak, mereka berhimpun dan berbaris di tengah panas, meraung dan menjerit menuntut pelarasan pencen mereka.  Berkumpul di mindef, berhimpun di hadapan tugu negara, berdemo di setiap negeri, namun kerajaan ketika itu tidak sedikit pun peduli dan pandang walau sebelah mata.  PM di bawah Muhydin buat tidak tahu.  PM di bawah Ismail Sabri pun buat tidak dengar.  Menteri Pertahanan di bawah Hishamuddin buat pekak, begitu juga ketika Ismail Sabri jadi Menteri Pertahanan.  Pendek kata, kerajaan tebuk atap di bawah PN sedikit pun tidak ambil tahu nasib veteren tentera dalam isu ini.  Satu peratus pun mereka tidak sanggup berikan kenaikan.


Apabila PMX menerajui kerajaan perpaduan, tidak perlu mereka menjerit-jerit atau berdemontrasi di tengah panas.  Meskipun isu tuntutan pelarasan pencen ini masih belum selesai di mahkamah, kerajaan hari ini tetap memberikan perhatian kepada nasib veteren tentera.  Sejak dari Ketua Pembangkang lagi Anwar Ibrahim sering mendengar suara veteren tentera, maka bila beliau menjadi PM, beliau tidak lupa kepada kebajikan bekas perajurit ini.


Apabila kerajaan mengumumkan pelarasan pencen veteren tentera yang bersara sebelum 2013 kelmarin, maka MP Pembangkang pun mengambil kesempatan dan "claim' kononnya itu usaha mereka.  MP Ketereh yang sering terjerit2 dalam parlimen macam budak2 merengek sampai mahu menangis, hari ini tersengeh dan mendabik dada kononnya itu usaha beliau.  Memalukan bekas tentera.


Terima kasih PMX dan Menteri Pertahanan kerana menunaikan janji, meskipun kenaikan sehingga 15% itu baru permulaan, namun kami bekas tentera tetap bersyukur ketimbang di era PN satu sen pun tidak dinaikkan.  Hari ini mereka mengaku hero kononnya.  Saya yakin akan ada lagi perubahan kepada pelarasan pencen yang diumumkan itu apabila semua kes di mahkamah selesai nanti.


Buat warga bekas tentera, bersyukurlah.  Buat MP-MP dari PN yang kaki "claim" , malulah sedikit.  


WFAUZDIN NS

Bekas Tentera