YURAN PASTI KETIMBANG SISTEM HAMBA. .

 

Aman Mohamad


Kenapa yuran PASTI murah?


sebab PASTI amalkan ekonomi perhambaan, iaitu guru PASTI tiada gaji.

bila tiada gaji, maka PASTI tidak ada kos buruh, tak perlu bayar gaji pekerja, tak perlu bayar KWSP dan PERKESO, dan yang paling penting, PASTI tidak perlu bayar zakat dan bayar cukai.


Tidak sama dengan Tadika dan Taska berdaftar, mereka semua perlu bayar cukai, bayar zakat, bayar gaji pekerja, bayar KWSP, bayar PERKESO.


Dengan kata lain, PASTI walaupun diorang buat pendidikan Islam kanak-kanak, hakikatnya cara mereka tidak ikut Islam pun walaupun yuran mereka murah.


Yang benar-benar ikut Islam ialah Tadika dan Taska walaupun mahal.


Tak usah berlagak yuran murah kalau amalkan ekonomi perhambaan dengan tak bayar gaji guru PASTI. kalau berani daftarlah PASTI tu sebagai tadika dan bersainglah secara sihat dengan Tadika/Taska yang lain.


Bila semua harga pun sama, mungkin masa tu takde ibu bapa pun nak hantar anak-anak mereka pergi PASTI.


:)