“SAMAN MAHATHIR JUAL KEDAULATAN” DAN PERKARA MENGEJUTKAN POLIS PANTAU GL...


Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi mahu kerajaan menyaman pihak yang bertanggungjawab menjual kedaulatan negara dalam tuntutan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih yang jatuh ke tangan Singapura. Beliau tidak menamakan pihak tersebut tetapi memberi bayangan bahawa individu tersebut ialah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir merupakan Perdana Menteri ketika Malaysia mengambil keputusan untuk tidak merayu keputusan dalam kes tuntutan pulau tersebut. Beliau turut mengaitkan individu tersebut dengan syarikat milik empat kerajaan negeri SG4. Umum mengetahui bahawa Dr Mahathir merupakan penasihat kepada SG4. “Justeru kita tunggu pembentangan laporan Batu Putih di Parlimen. Benar, kita tidak akan dapat balik wilayah itu. “Tetapi mesti ada individu yang dipertanggung jawabkan kerana jual kedaulatan negara. Dia mesti disaman. Jangan nanti SG4 juga terjual,” katanya dalam satu hantaran Facebook. Terdahulu Puad mengucapkan tahniah kepada Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Datuk Azalina Othman Said atas kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu. “Tahniah Azalina and the team kerana Malaysia menang kes tuntutan Sulu. Mahkamah Agung Belanda menolak rayuan kumpulan Sulu. “Ini kemenangan muktamad. Kita juga menang di Mahkamah Luxembourg, Mahkamah Rayuan Hague Belanda, Mahkamah Rayuan Paris di Perancis dan juga di Mahkamah Sepanyol. “Gagallah usaha kumpulan Sulu untuk merampas aset RM62.59B. Bahkan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa kena penjara 6 bulan. “Ia bukan kerja mudah. Tahniah pada PMX kerana tegas pertahan kedaulatan negara.” Sumber Berita




No comments: