PAS TIADA DALAM PERANCANGAN BERSAMA GRS + PAKATAN HARAPAN DALAM PRN SABAH!



Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor yakin Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus kembali memerintah selepas PRN Sabah nanti. Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan perkembangan politik semasa dan penerimaan rakyat terhadap kerajaan sedia ada di negeri itu. Pengerusi GRS berkata, gabungan berkenaan memiliki kekuatan meneruskan khidmat kepada rakyat dan membangunkan Sabah ke tahap lebih baik. “Saya tahu kekuatan parti kita. Insya-Allah, kita akan bersama dengan PH Plus, kita tetap akan menjadi kerajaan selepas PRN nanti. InsyaAllah, jangan takut, rakyat mahukan perubahan dan mahukan GRS-PH Plus ini terus memerintah negeri, katanya menurut Berita Harian. DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada Oktober tahun depan, diikuti PRN yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Tambahnya lagi, banyak perkara perlu diambil kira bagi menghadapi PRN Sabah, termasuk kepentingan rakan dalam GRS. Beliau turut mengulangi pendirian pimpinannya mengenai kepentingan mempunyai keserasian baik dengan kerajaan persekutuan. “Jangan terlampau perkauman, terlampau kenegerian, dan kekampungan. Orang cerita dunia tanpa sempadan, kita cerita negeri, kita tidak cerita pasal negara. Jadi, kita kena pandai dalam berpolitik, kita tidak boleh bermusuh dengan kerajaan persekutuan, katanya. Jelasnya, ‘amalan’ tersebut mencerminkan kejayaan apabila Putrajaya banyak menunaikan perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).




No comments: