Saya telah menyerahkan surat jemputan kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 semasa Mesyuarat Kabinet pagi ini di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
MAHA 2024 dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 22 September 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Ketika ini persiapan akhir sedang giat dilakukan untuk menyambut kedatangan para pengunjung dari dalam dan luar negara, selaras dengan tema "MAHA Go Global" tahun ini.
Secara keseluruhan, mesyuarat kabinet hari ini membincangkan isu-isu penting negara serta beberapa perkara berbangkit yang perlu diberikan perhatian dan diselesaikan dengan segera.