SATU PENGHORMATAN

 




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb ke Malaysia sebagai penghormatan besar kepada negara kerana menerima kunjungan seorang tokoh dan imam besar yang dihormati dan dimuliakan oleh dunia Islam.


Beliau berkata Sheikh Al-Azhar, kini dalam rangka lawatan empat hari ke Malaysia hingga Jumaat, dikenali sebagai ketua ilmu yang telah memberikan sumbangan besar kepada dunia Islam sejak sekian lama.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



No comments: