PMX TERUS TERSENARAI TOKOH ISLAM DUNIA
Sejurus Anwar Ibrahim angkat sumpah menjadi PM, manusia paling tersakiti adalah Mahathir, Muhyidin dan Hadi. Tidak perlu kita ulas mengapa, satu dunia tahu.
Maka, semenjak itu sampai sekarang tidak henti-henti serangan dihalakan kepada PMX dan kebanyakannya semua fitnah, tidak berfakta dan persepsi untuk mempengaruhi rakyat agar membenci PMX. Jalan paling mudah, main sentimen kaum dan agama.
Mahathir, pakar dalam propaganda dan sentimen kaum. Maka merepeklah orang tua yang sudah berbau tanah itu kononnya negara ini akan tergadai kepada orang lain dalam tempuh 10 tahun lagi. Keturunan dari India ini seterusnya memperlekehkan PMX kononnya PMX zalim, lebih zalim dari beliau. Rasa mahu terkentut mendengarnya. Sampai ke bumi Jepun mamak karala ini memburukkan PMX.
Lebai Hadi, dia pakar dalam menunggang agama. Waktu dulu, dia kata Perlembagaan negara ini kapir. Wajib berjihad lawan kerajaan yang mengekalkan perlembagaan jahiliyyah, katanya. Kesannya, berbunuhan sesama Islam di Memali. Bila Hadi jadi sebahagian dari kerajaan tebuk atap 33 bulan, tiba-tiba perlembagaan negara telah "memeluk Islam". Maka, dengan senyum sumbing mulutnya dia bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan yang "muallaf" itu. Kalau tidak angkat sumpah, siapa mahu bayar gaji dan elaun Duta Khas Timur Tengah dia?
Muhyiddin ? Apa kehebatan dia selain dari "scheme of things"? Tapi bila tiada kuasa, mahu tawarkan apa? Tetapi, dia tetap pegang piala atau pemegang rekod "PM paling singkat" dalam sejarah politik negara selain mencipta rekod satu-satunya PM yang naik di kerusi PM melalui bumbung Putrajaya tanpa mandat rakyat.
Kini Anwar Ibrahim, PM ke 10. Beliau ketua gabungan parti yang terbesar memenangi jumlah kerusi Parlimen selepas PRU15, iaitu sebanyak 82 kerusi. Selayaknya dia dicalonkan sebagai PM ke 10 apabila terbentuknya kerajaan perpaduan. Selain dari rakyat yang majoriti memberi mandat kepadanya, Anwar Ibrahim juga direstui oleh Majlis Raja-Raja dan YDP Agong. Paling rare, dia dapat kemenangan cemerlang 2/3 majoriti undi percaya di dalam parlimen setelah Muhyidin mencabar Anwar Ibrahim untuk melakukannya di Parlimen. Ertinya, Anwar Ibrahim menjadi PM diabsahkan dengan tiga peringkat tadi, iaitu pilihanraya, raja-raja dan Agong serta parlimen.
Aura PMX bukan sahaja bersinar di bumi Malaysia dan rantau Asia, bahkan dikenali di seantero dunia. Namanya tidak pernah hilang dari senarai tokoh-tokoh duniatermasuk dunia Islam sejak beliau muda lagi hingga kini. Hanya yang dengki, busuk hati dan takut ke penjara sahaja akan terus mengatakan Anwar perlu dijatuhkan.
Percayalah, selagi ada umat di Malaysia ini yang sayangkan agamanya, kaumnya dan ingin mengangkat martabat negara ini, pasti mereka akan bangkit pertahankan PMX.
"Pilihlah pemimpin yang banyak panah-panah fitnah menuju kepadanya".
WFAUZDIN NS